Monday 19 March 2018

Kolestrol Minyak Zaitun


Semalam di bangunan MNRB, Bukit Damansara KL saya menggariskan 5 maklumat yg salah biasa kita dengar ttg pemakanan. 


1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Pada hal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal. Sebab itu sepatutnya org berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh kerana ketika berpuasa kita tidak vulup minum air, itu yg buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula. 


2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dgn kolestrol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal ada lemak sihat spt minyak zaitun, bush zaitun dan alvocado yg memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. 

3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua2nya sama. Refined carbo mempunyai nilai Glisemik Index yg tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai Glisemik yg rendah. Nilai glisemik yg tinggi boleh menyebabkan keradangan yg kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik spt diabetis, gout, hypertension dan lain2.

4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu. Semakin kita menjarakkan waktu makan, selamakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016 Prof Yushinori Ohsumi yg menerangkan konsep "autophagy" bila kita berpuasa. 

5. Kita mahu mengamalkan pemakanan sunnah, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yg salah. Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yg basi. Tidak memberikan impak yang terbaik. 

InsyaAllah saya sambung dlm ceramah yg lain. 
Dr Zubaidi
untuk pendaftaran isi borang di https://goo.gl/forms/WJ4rl27KYyHq0Rpj2
Masuk adalah PERCUMA
Kerjasama CFirst UTM & Olive House Empire 
Sekian , terima kasih.


No comments:

Post a Comment

D.I.Y Minyak Zaitun

SARI CUKA TEEN

Dengan mengambil dua sudu teh SARI CUKA TEEN di bancuh bersama air mineral/suam sehari, mampu mengatasi masalah; - Kelesuan - Tidak ...